Sunday, 28 October 2012

RIWAYAT SI PENULIS


Ilham dan kreativi kelebihan dimilikinya
Tidak dilupa tanpa ilmu tidak beerti segalanya
Berkata kata melalui karya ciptaannya
Setiap satunya ada potongan yang berguna
Bukan untuk dirinya tapi untuk manfaat semua

Tidak pernah putus asa atas cercaan sekelilingnya
Tumpuan sepenuhnya atas kerjaannya
Gigih mencipta membangun dengan sendirinya
Bait-bait nukilannya menjadi bualan semesta
Memberi inspirasi pada akhirannya sebuah cerita

Tullisan berdasarkan perilaku keseluruhan dunia
Tiada niat menghina atau mengata
Hanya tatapan dan pengajaran kepada pembacanya
Niat ikhlasnya diserahkan kepada Pencipta sepenuhnya
Perginya manusia meninggalkan nama dan karyanya

Friday, 26 October 2012

sang flora


Kembangnya tatkala sang embun menyembah dunia
Sukar dijaga  , mahu dibelai serta dimanja
Walau hanya berguna sekerat cuma
tetap sentiasa menjadi pujaan manusia

Keindahannya tetap tiada tolok bandingnya
Warna warna ria mehidupkan suasana
Siapa tak terpana siapa tak terpesona
Harumnya mekar menusuk ke dada

Lumrah dunia tiada yang tahan lama
Punah sang  bunga dimamah cuaca
Kumbang durjana juga menjadi puncanya
Berkuburlah ia tiada berpusara

                                                                  created by -NHI-

Wednesday, 24 October 2012

SHE



Dikenali sebagai tulang belakang untuk segalanya
Kelembutan fizikal tidak melambangkan walau secebis kecekalan hatinya
Acap kali ditanya atas kelukaan
Tidak sekali dia berbicara , hanya diam memendam rasa
Menjadi kebiasaan tersenyum memalsukan segalanya
Tiada gerangan dapat membaca apa yang tersirat
Sungguh bijak menyemat agar bergembira sekelilingnya

Sering juga terkandas menititi titian dunia
Tetap gagah mencari identiti kekal suruhanNya
Tiada erti jemu mencari nafkah bekalan barzah
Berpegang kuat pada amar ma’aruf nahi mungkarnya
Tidak dihirau akan masa lalu yang menghatuinya
Masa depan dibina berdasarkan kelukaan sebelumnya

Berkeras mempertahankan mahkota yang diamanahkan
Pesona yang dimiliki tidak terbalas kepada Allah oleh sesiapa
Dipelihara untuk yang benar benar layak memilikinya
Bersedia dia menjadi seorang isteri , apatah lagi seorang ibu
Tetapi sebelumnya telah Berjaya menjadi anak yang solehah
Alangkah indahnya Allah ciptakan wanita
    
                                                                                                           created by -NHI-
                                                                 

Monday, 22 October 2012

-MAB-

knowing you is one of my best memory
be friend with you is one of my happiness
but in love with you ?
hmmm
it is really a mistake
i don't know
maybe we just made to be only friend
really sorry for all my wrongdoings
me didn't mean to hurt you
i just ...
hmmm
i am really sure that you angry with me
really sorry
but me more hurt when you just reply 'okay'
what is it mean ?
you don't even care what happen on us
feel like wasting my time crying know
didn't expect you will be as easy like that
it's okay hidayah
i still have people whose loving me as much as more than i need
thank you friends
kakak , yaya , hanim , nazirah
and my lovely family :')

Saturday, 20 October 2012

abam kaca mata bernama unik

semua dah berubah .
call me yaya again.
please 
i'm waiting :')

HANYA BONDA


Suara pertama yang ku dengar
Kucupan pertama yang ku terima
Belaian pertama yang ku rasa
Wajah pertama yang ku tatap
Sentiasa bonda yang pertama

Tiada dua tiada tiga
Tiada galang tiada gantinya
Walau bulan berhenti bersinar
Walau mahari berhenti bercahaya
Walau terpisah jiwa dan raga
Hanya bonda sentiasa menjaga

Dia yang mengasuh dia juga yang menjaga
Dia yang bersusah dia juga yang berkorban
Tiada mengenal erti penat erti lelah
Tiada mengenal erti siang erti malam
Tiada juga dia mengenal erti keluh erti kesah
Hanya bonda setia selamanya

created by -NHI-