Tuesday, 31 January 2012

gembira

cuma nak cakap terima kasih kat semua orang yang care pasal aku .
happy harini .
tak tahu apa sebab .
syukur Tuhan masih bagi aku senyuman dan riang
ya Allah
terima kasih
semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan semoga esok masih boleh diperbaiki dari hari  ini
semoga orang di sekeliling aku pun mendapat apa yang mereka inginkan
amin
esok ada quiz
semoga Engkau memberi petunjuk
mudahkan urusan aku and kawan lain
begitu jugak untuk si dia
semoga urusan awak dipermudahkan juga sebab awak dah study kann
amin :) 
selamat malam

Wednesday, 25 January 2012

melepaskannya dengan redha

tidak tahu bagaimana mahu memulakan coretan ini
kaku seluruh pancaindera melihat kebenaran itu
tuhan
berat ujian Mu ini
amat pedih hati menanggungnya
sungguh sakit dah perit hanya Engkau mengetahuinya
Tuhan
sekiranya cinta yang pernah berputik itu memang bukan milikku lagi
bawalah ia jauh pergi dari hidup ini
sesungguhnya aku redha
janganlah Engkau benarkan air mata ini menitis lagi kerananya
aku sudah tidak sanggup lagi
hanya di sini tempat aku meluahkan segalanya
Tuhan
aku mohon
buanglah perasaan ini sejauh yang mungkin
aku tidak mahu menyimpannya lagi
aku merayu ya Allah
selepas ini
janganlah Engkau biarkan aku jatuh cinta pada orang yang salah
janganlah Engkau biarkan aku memberi kasih pada bukan pemilik tulang rusukku ya Allah
aku sudah memaafkannya
semoga dia bahagia bersama orang-orang sekelilingnya
Tuhan
lindungi aku daripada nafsu kejam itu
lindungi aku daripada menzalimi diriku sendiri dengan melakukan perbuatan sia-sia
terima kasih atas peringatan ini
aku lebih rela menanggung derita daripada menerima ujian Mu di sebalik kesenangan yang Engku berikan
tutuplah pintu hati ku untuk menerima mana-mana cinta selepas sini
dan bukalah ia kembali untuk insan yang benar-benar mengahargai diri ini
sesungguhnya menerima kelemahan orang lain adalah lebih mulia dari mengubahnya tanpa kerelaannya
terima kasih atas petunjukMu ini
ALHMDULILLAH :)

Monday, 23 January 2012

bunga dalam kaca

perempuan adalah ciptaan indah Tuhan
perempuan tercipta dengan penuh keistimewaan
bersyukurlah menjadi perempuan atas kelebihan yang di anugerahkan
bersyukur juga kerana perempuan ciptaan indah tuhan yang tidak tergambar
namun...
dalam setiap anugerah ada dugaannya
wahai perempuan
beringatlahh
jagalah maruah kamu sebagaimana kamu menjaga keluargamu
jadilah kamu perempuan yang taat kepada penciptamu
jadilah perempuan yang beriman kepada agamaMu
jadilah perempuan yang menjaga auratnya
sesungguhnya aku juga baru belajar untuk menjadi perempuan yang mahu mengubah darjatnya
sesungguhnya aku juga perempuan yang baru belajar menutup aurat sepenuhnya
sesungguhnya aku jugalah perempuan yang selalu ditimpa fitnah
tidak tahu dimanakah silapnya aku di masa silam
tidak tahu juga sekiranya aku ada melukakan hati dengan tidak disedari
ingatlah wahai penabur fitnah
tidak kemana hidupmu di dunia ini
duduk lah kamu di takuk yang lama
sedangkan orang yang kau fitnahkan ini semakin mendekatkan diri dengan Tuhan
ya Allah 
aku redha
aku tahu Kau sedang mengujiku
tapi percayalah
semakin dekat aku denganMu , semakin aku ingin menerokai kebesaranmu melalui nikmat dan ujianMu
terima kasih Tuhan
aku masih kuat sehingga ke hari ini .
ALHAMDULILLAH


Saturday, 14 January 2012

weekend bersama doa

weekend yang membosankan
tak ada benda nak buat
habiskan masa main typing speedtest jer
bila dah bosan
duduk termenung atas katil
dalam termenung tuh terpandang dinding sebelah aku yang kosong jer
tetiba datang idea nak penuhkan dinding tuh
dah puas fikir
aku pun dapat idea ni
pergi google doa doa harian yang berguna
bila dah google
aku pergi beli kertas kat member aku
then aku tulis sendiri doa tuh 
dah lama tak buat tulisan khat
last buat pun time pertandingan
masa form 1
nasib baeklah tulisan aku masih boleh dibaca
ada lah dua tiga doa aku tampal kat dinding tu
antaranya doa bila ditimpa masalah
doa sebelum dan selepas tidur pun aku tampal
hahaha
bukan apa
walaupun hafal tapi memang asyik lupa jer nak baca
so lepas ni
bila naik katil jer aku akan nampak doa doa tuh
bila nampak mesti nak baca kan
so lepas ni tiap hari aku akan baca doadoa tuh
lagi semangat nak baca bila tengok tulisan tangan sendiri.
semoga hari hari mendatang lebih diberkati
amin : )

Thursday, 12 January 2012

saya sayang awak kerana pencipta saya

jangan kau rasa lemah bila menangis
jangan kau rasa kalah bila  menangis
jangan rasa kau rendah bila menangis
sedarlahh
tangisan itu teman setia untuk orang yang sedang insaf
tangisan itu juga bukti kesungguhan untuk orang yang benar ikhlas untuk bertaubat
tangisan merupakan tanda kau tunduk pada Dia ketika berdoa
tangisan mampu mengurangkan rasa beban mu wahai manusia
jangan kau malu untuk menangis 
jangan kau hirau pandangan orang ketika kau menangis
ingatlahh
Allah lebih mengenali kita sebagai hambaNya
menangis lah kamu menghargai kebesaranNya
menangislahh kamu mengingati perjuangan Rasulullah
sesungguhnya tangisan iman amat berharga
menagislah untuk menghargai
menangislah untuk bersyukur
ALHAMDULILLAH
aku menangis atas utusan Mu ya Allah
sesungguhnya kurniaan Mu merupakan yang terbaik yang tidak pernah aku miliki sebelumnya
aku tidak tahu adakah utusan Mu sedar
bersama dia aku lebih mengenali agamaku
kadangkala kata kata nya membuat aku sedar atas khilafku
aku mengenal erti sabar bersama utusan Mu
walaupun dia tak sesempurna kekasih Mu
aku tetap bertuah memiliki dia
Tuhan
sekiranya dia yang terbaik buat ku
boleh membimbingku
boleh mengajarku keindahan agama Mu
dengan tunduk merendahkan diri aku meminta pada MU
aku mahu bersama utusan Mu sehingga akhir hayatku
aku redha sekiranya dia bukan untukku
aku cuma minta Kau kuatkan semangatku sekiranya
utusanMu itu hanya Kau pinjamkan kepada Ku buat seketika
aku terima takdir Mu
aku hanya mahu bersyukur atas nikmat indah Kau berikan
terima kasih Allah.
saya sayang awak kerana Allah .
we are going 5 month together by tomorrow .
thanks for everything .

Monday, 9 January 2012

balasan baik :)

harini tetiba rasa aku belajar satu benda baik
benda ni mula macam ni
pendekkan cerita je lah
ayah senior aku memang baik gila
adalah member aku ni
dia photographer
and dia ada job dekat sibu
dia tak pernah pun pergi sarawak tuh
so dia post lahh kat fb and tag nama aku
dia tanya kalau ada sesapa boleh tolong dia bawak pepusing dekat sibu tuh
then aku pun teringat yang senior aku ni asal dari sibu
so aku pun tag lah nama senior aku
senior aku ni mintak tolong ayah dia
ayah dia pulak sangat lahh baik dengan mudahnya nak menolong
aku pun agak terkejut lahh dengan reaksi ayah dia tuh
aku cakap lahh kat senior aku yang ayah dia tuh baik gila
yelahhkann
dia tak kenal pun member aku ni
tapi sanggup nak tolong
and senior aku pun jawab macam ni
ayah dia pernah cakap
ayah and mak dia akan tolong orang selagi mampu sebab mana tahu orang lain akan tolong anak-anak dia bila susah
pehh memang terdiam aku dengar
so harini
aku pun nak jadi macam tuh
manalahh tahu
bila family and orang yang aku sayang susah
akan ada orang lain yang akan tolong diaorang
be nice to others then they nice to us
semoga aku dapat praktikkan :)

Saturday, 7 January 2012

tiada Tuhan melainkan Engkau,
sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
maka,
tiada siapa yang dapat mengampuni dosa ku melainkan....
Engkau .

persoalan itu ..

persoalan yang semakin menebal..
hidup semakin keliru..
petanyaan di kotak minda yang bertalu talu..
semakin mencari apakah puncanya..
tetapi tuhan masih belum mengizinkan aku bertemu jawapan itu..
mungkinkah kerana masa silamku yang selalu mengabaikan Mu ya Allah..
hilafku ketika itu..
jahil ku..
dosa ku..
ampuni aku..
tika fajar menyinsing..
sering aku bersujud meminta petunjuk Mu..
sering aku berdoa..
meminta diberi penentu arah hidup yang Kau redhai.

suci debu tanpa celanya..
jernih air tanpa keruhnya..
polos bayi tanpa dosanya..
tidak aku memohon untuk menjadi semulia itu..
cuma ku pohon golongkan aku dalam kelompok ke nikmat akhiratmu ..
amin.

Sunday, 1 January 2012

pasrah

bismillahirrahmanirrahim
cuti penuh dengan pengajaran
macam macam yang jadi mengajar aku erti kehidupan
alhamdulillah atas kurniaan dah nikmat mu Ya Allah.

dugaan itu
sekali lagi menduga
aku mohon
beri aku petunjuk
aku akan pegang janji ku sekiranya benar ia terjadi
pasrah pada takdir
kerana yakin ada hikmah menunggu kelak

masa lalu mengajar
erti matang untuk kehidupan bergelora , berliku
mencari sinaran seterang nur mu Ya Allah
beri hambaMu kekuatan
semoga mereka menerima perubahan itu
ego pengahalang utama
jauhkan Ya Allah

kebahagiaan itu
sementara sahaja jika Kau berkehendak ia berakhir dengan perpisahan
redha hambamu berpasrah
yakin akan ketentuan
pasti pada imbalan untuk setiap detik kesedihan itu
keadilan . kemurahan Mu
aku harapkan
semoga duka ini berakhir dengan nikmat rezeki Mu

rintihan yang bisu
hati berbicara
pancaindera kaku
doa itu senjatanya
tiada senipis helaian rambut sekalipun 
penghalang antara aku dan Kau
aku percaya
Kau Maha Mendengar

sujudku padaMu
mengaharap redha itu
suci nya tanpa dosa 
polosnya tanpa hilaf
aku harapkan
petunjuk menyusul tiba
amin