Wednesday, 25 January 2012

melepaskannya dengan redha

tidak tahu bagaimana mahu memulakan coretan ini
kaku seluruh pancaindera melihat kebenaran itu
tuhan
berat ujian Mu ini
amat pedih hati menanggungnya
sungguh sakit dah perit hanya Engkau mengetahuinya
Tuhan
sekiranya cinta yang pernah berputik itu memang bukan milikku lagi
bawalah ia jauh pergi dari hidup ini
sesungguhnya aku redha
janganlah Engkau benarkan air mata ini menitis lagi kerananya
aku sudah tidak sanggup lagi
hanya di sini tempat aku meluahkan segalanya
Tuhan
aku mohon
buanglah perasaan ini sejauh yang mungkin
aku tidak mahu menyimpannya lagi
aku merayu ya Allah
selepas ini
janganlah Engkau biarkan aku jatuh cinta pada orang yang salah
janganlah Engkau biarkan aku memberi kasih pada bukan pemilik tulang rusukku ya Allah
aku sudah memaafkannya
semoga dia bahagia bersama orang-orang sekelilingnya
Tuhan
lindungi aku daripada nafsu kejam itu
lindungi aku daripada menzalimi diriku sendiri dengan melakukan perbuatan sia-sia
terima kasih atas peringatan ini
aku lebih rela menanggung derita daripada menerima ujian Mu di sebalik kesenangan yang Engku berikan
tutuplah pintu hati ku untuk menerima mana-mana cinta selepas sini
dan bukalah ia kembali untuk insan yang benar-benar mengahargai diri ini
sesungguhnya menerima kelemahan orang lain adalah lebih mulia dari mengubahnya tanpa kerelaannya
terima kasih atas petunjukMu ini
ALHMDULILLAH :)

No comments:

Post a Comment