Thursday, 12 January 2012

saya sayang awak kerana pencipta saya

jangan kau rasa lemah bila menangis
jangan kau rasa kalah bila  menangis
jangan rasa kau rendah bila menangis
sedarlahh
tangisan itu teman setia untuk orang yang sedang insaf
tangisan itu juga bukti kesungguhan untuk orang yang benar ikhlas untuk bertaubat
tangisan merupakan tanda kau tunduk pada Dia ketika berdoa
tangisan mampu mengurangkan rasa beban mu wahai manusia
jangan kau malu untuk menangis 
jangan kau hirau pandangan orang ketika kau menangis
ingatlahh
Allah lebih mengenali kita sebagai hambaNya
menangis lah kamu menghargai kebesaranNya
menangislahh kamu mengingati perjuangan Rasulullah
sesungguhnya tangisan iman amat berharga
menagislah untuk menghargai
menangislah untuk bersyukur
ALHAMDULILLAH
aku menangis atas utusan Mu ya Allah
sesungguhnya kurniaan Mu merupakan yang terbaik yang tidak pernah aku miliki sebelumnya
aku tidak tahu adakah utusan Mu sedar
bersama dia aku lebih mengenali agamaku
kadangkala kata kata nya membuat aku sedar atas khilafku
aku mengenal erti sabar bersama utusan Mu
walaupun dia tak sesempurna kekasih Mu
aku tetap bertuah memiliki dia
Tuhan
sekiranya dia yang terbaik buat ku
boleh membimbingku
boleh mengajarku keindahan agama Mu
dengan tunduk merendahkan diri aku meminta pada MU
aku mahu bersama utusan Mu sehingga akhir hayatku
aku redha sekiranya dia bukan untukku
aku cuma minta Kau kuatkan semangatku sekiranya
utusanMu itu hanya Kau pinjamkan kepada Ku buat seketika
aku terima takdir Mu
aku hanya mahu bersyukur atas nikmat indah Kau berikan
terima kasih Allah.
saya sayang awak kerana Allah .
we are going 5 month together by tomorrow .
thanks for everything .

No comments:

Post a Comment