Thursday, 27 September 2012

cahaya hati :')

Allah Engkau dekat
penuh kasih sayang
takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis
karna kemurahanMu
karna kasih sayangMu
hanya bila diriMu
ingin nyatakan cinta
pada jiwa jiwa yang rela dia kekasihMu
Kau yang selalu terjaga
yang memberi segala

Allah Rahman
Allah Rahim
Allahhu ya Ghaffar
ya nurul Qalbi

di setiap nafas
di segala waktu
semua bersujud memuji memuja Asma'Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala :')

setiap makhluk bergantung padaMu
dan bersujud semesta untukMu
setiap wajah mendambar cintaMu
cahayaMu

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



bagimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu
untuk kembali mengulang ke masa lalu

duniaaaa
dipenuhi dengan hiasan

semuaaaa
dan segala yang ada akan kembali padaNya

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti 
teman sejati tinggallah sepi...


Wednesday, 26 September 2012

cinta itu subjektif

cinta itu keperluan ?
keinginan ?
atau nafsu semata ?
cinta itu subjektif untuk dilisankan
bergantung kepada si pelaku
jika elok berlandaskan ketetapan agama
maka eloklah definisi cinta itu buat mereka
cinta juga boleh membawa si pelaku ke lembah hina syaitan rejaman Allah jika tersalah niatnya
aku juga punya cinta
aku juga punya hati dan perasaan
suatu masa dahulu aku juga meniti titian cinta palsu dunia
nikmat cinta sebegini hanya seketika
perihal manusia yang sentiasa mahukan kesempurnaan tanpa meneliti kelemahan diri
perihal manusia yang tiada rasa bersyukur membuat mereka ghairah mencari sang pecinta
sering mata ini terpaku bila melihat catitan 'cari cinta Allah dahulu,sesudah itu bahagialah kamu dengan cinta dunia'.
sungguh dalam suratan maksud bait bait kata ini
terkadang sungguh ku kesal dengan perbuatan lalu
tetapi aku tetap bersyukur
pengalaman lalu banyak mengajarku
sering juga aku meratap mengenang segalanya
tetapi Allah maha adil
telah Dia memberi kesempatan atas kesedaranku
semoga aku sentiasa dilindungi atas kata amar maaruf nahi mungkar ,
begitu juga keluarga serta sahabat
amin :')
 

ketawaku , riangku , menutup segala rintihan pilu :')

seringkali aku merasa hanya aku memiliki bebanan dugaan
seringkali juga aku merasa hanya aku memikul pikulan masalah
tidak aku berfikir akan mereka yang lebih terbeban
berdosakah aku menjadi sebuta ini ?
aku insan biasa yang sentiasa meminta
kesempatan ini ingin aku pinta kesabaran dan ketabahan dariMu
ya Tuhan
aku bersyukur dengan kekuatan yang Engkau anugerahkan
jarang aku merintih menangis dihadapan mereka tika ditimpa dugaan
bila terlampau pedih baru teketar mulut ini membuka bicara
tapi masih gagah mata ini bersekang air mata
tidak akan ku biarkan mereka bersedih atas tangisan ini
tidaka akan ku bebankan mereka melihat kegelisahanku
cukup bagiku bila aku dapat mengadu padaMu ketika aku bersujud
ku sekang air mata ini untuk ku sembahkan padaMu
setiap titisan air mata cukup menunjukkan kesungguhanku
sesungguhnya aku sedang bersedih
akan ku berusaha terus-terusan menyembunyikan kesedihan
akan ku kekalkan senyuman dan tawa riang dalam setiap keadaan
tidak mahu aku bebankan mereka 
ya Allah
permudahkanlah urusanku
amin .

Tuesday, 25 September 2012

memang aku kasar sekasar kasar perempuan

kasar, bersuara lantang, garang
acapkali telah ku dengar apabila seseorang berkata kata perihal diri ini
telahku lali dengan semua itu
memang itu luarannya aku
tidak pernah aku berpura tentang siapa diri ini
sememangnya ralat bila seorang perempuan bersifat kasar begini
tapi aku sudah terbiasa
wahai hamba-hamba Allah
ingatlah bahawa
kita sedarjat
kita sepangkat
sama tinggi sama juga rendahnya
tiada beza pada fizikalnya
tapi ingatlah kamu bahawa siapa kita di dalam yang membezakan kita
agama
kepercayaan
iman
kesabaran
ketaatan
tiada siapa tahu keadaanku bila bersujud kepadaNya
tiada siapa tahu keadaanku bila memohon kepadaNya
akulah selemah-lemah insan yang sering meminta kepada penciptaku
akulah insan yang sering menangis merintih kepada penciptaku
ya Tuhan
kuatkanlah aku menghadapi tomahan dan cacian
mereka mencaci luaranku
mereka menghina fizikalku
mereka mempertikai perihalku
aku berusaha
aku berusaha mengubahnya selepas ini
aku manusia biasa yg punya kelemahan
tapi aku bersyukur masih Tuhan mahu memberi ku petunjukNya
membuatkan aku beringat tentang kewujudanNya
 
 
 

my guider

Islam

aku muslimah yang lemah
yang sering terlepas dari kekangan agama yang telah ditetapkan
yang sering melanggar batasan yang telah dihadkan
yang sering meremeh amanah yang telah diberikan
dengan kelemahan ini
aku mengharapkan seseorang yang boleh membimbing aku
dunia akhirat
bukan sebuah kesempurnaan yang aku minta
bukan jua kesenangan semata mata
aku hanya meminta pembimbing yang boleh membawa aku ke dalam kehidupan yang lebih Engkau redha wahai Penciptaku
sering aku menadah tangan meminta si dia adalah orang yang beriman
orang yang boleh membimbingku
orang yang boleh menerima apa ada ku
orang yang boleh menerima siapa keluargaku
orang yang boleh memapah ibu bapaku bila mereka memerlukan
ya tuhan
aku rela sekiranya tiada berjodoh jika si dia hanya akan merosakkan peganganku
aku sayangkan ikatan aku dan Kau wahai Penciptaku
ak mohon .
berikanlah yang terbaik buatku juga keluargaku .
amin

bila harus memilih

bismillahirrahmanirrahim

memilih antara dua yang kita sayang bukanlah mudah
perbandingan sentiasa akan terjadi dan bercanggah
aku buta
buta dengan kemewahan dan harta dunia yang diberikan
buta dengan ucapan manis yang ditaburkan
buta dengan pujian palsu yang dilemparkan
lemahnya aku untuk menilai
lemahnya aku untuk membeza
mana kaca yang bakal mengguris
dan mana peramata yang akan menyinar

ya Allah
hindari aku dari pengaruh duniawi
peliharalah aku dengan bekalan akhirat
berilah aku petunjuk bila harus memilih
jangan Kau biarkan aku terkapai dalam kepalsuan ini
lindungi aku Tuhan
lindungi juga keluargaku .