kasar, bersuara lantang, garang
acapkali telah ku dengar apabila seseorang berkata kata perihal diri ini
telahku lali dengan semua itu
memang itu luarannya aku
tidak pernah aku berpura tentang siapa diri ini
sememangnya ralat bila seorang perempuan bersifat kasar begini
tapi aku sudah terbiasa
wahai hamba-hamba Allah
ingatlah bahawa
kita sedarjat
kita sepangkat
sama tinggi sama juga rendahnya
tiada beza pada fizikalnya
tapi ingatlah kamu bahawa siapa kita di dalam yang membezakan kita
agama
kepercayaan
iman
kesabaran
ketaatan
tiada siapa tahu keadaanku bila bersujud kepadaNya
tiada siapa tahu keadaanku bila memohon kepadaNya
akulah selemah-lemah insan yang sering meminta kepada penciptaku
akulah insan yang sering menangis merintih kepada penciptaku
ya Tuhan
kuatkanlah aku menghadapi tomahan dan cacian
mereka mencaci luaranku
mereka menghina fizikalku
mereka mempertikai perihalku
aku berusaha
aku berusaha mengubahnya selepas ini
aku manusia biasa yg punya kelemahan
tapi aku bersyukur masih Tuhan mahu memberi ku petunjukNya
membuatkan aku beringat tentang kewujudanNya
No comments:
Post a Comment