Islam
aku muslimah yang lemah
yang sering terlepas dari kekangan agama yang telah ditetapkan
yang sering melanggar batasan yang telah dihadkan
yang sering meremeh amanah yang telah diberikan
dengan kelemahan ini
aku mengharapkan seseorang yang boleh membimbing aku
dunia akhirat
bukan sebuah kesempurnaan yang aku minta
bukan jua kesenangan semata mata
aku hanya meminta pembimbing yang boleh membawa aku ke dalam kehidupan yang lebih Engkau redha wahai Penciptaku
sering aku menadah tangan meminta si dia adalah orang yang beriman
orang yang boleh membimbingku
orang yang boleh menerima apa ada ku
orang yang boleh menerima siapa keluargaku
orang yang boleh memapah ibu bapaku bila mereka memerlukan
ya tuhan
aku rela sekiranya tiada berjodoh jika si dia hanya akan merosakkan peganganku
aku sayangkan ikatan aku dan Kau wahai Penciptaku
ak mohon .
berikanlah yang terbaik buatku juga keluargaku .
amin
No comments:
Post a Comment