Thursday, 15 November 2012

NEVER ALONE . NEVER

acapkali merasakan diri ini sunyi
sepi dari kata pujangga cinta
sepi dari pujian madah berbunga
sepi dari cinta cinta dunia
mungkin status diri menjadi punca
tetapi aku salah
salah menilai kesunyian diri
kesunyian ini pernah ku rasa sebelum ini
tetapi tatkala sunyi melanda aku lebih tertumpu kepadaMu
jelas nyata iman ku masih lemah
tatkala bahagia aku hampir lupa pemberi nikmat itu
kehilangan cinta dunia sudah lali aku lalui
aku harap dengan meninggalkan sebentar cinta dunia
aku mampu menguatkan ikatan ku denganMu
tidak ku harap cinta dunia sekiranya cinta kepadaMu tidak ku miliki
ya tuhan
Kau isilah kesunyian ini dengan bunga bunga syurgaMu
aku pasti telah kau aturkan seseorang buatku
mungkin tidak di dunia ini
aku redha
aku berdoa akan bertemu dengannya di SyurgaMu
insyaAllah :')